Wednesday, July 30, 2008

Israk Mikraj...????

Assalamualaikum…

Hari ni 30 Julai,27 Rejab kan?? agak2 kite ingat tak ape peristiwa yg penting yg berlaku hari nih bagi kalender umat islam?? Kalo x ingat tu mmg la kene cek balik dri sndri.hehehehe.Mudahan kesedaran kite tentang agama ni masih ade n menebal dalam diri kite. Sekadar berkongsi ngn sahabat2 di kala sibuk ngn persiapan final xam.aku amik article nih dari 1 lawan web, meneceritakan ckit tentang israk mikraj nih.nak tulis sendiri bukan x mampu.cume xlarat n x sempat jer.. hihihih..Ape yg paling penting kt cni adalah pengajaran yg kite perlu amik n jadikan iktibar atas peristiwa isra mikraj nih.moga sedikit usaha nih dapat bg manafaat pada sume… =)

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud:

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabinabidi negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti…



Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Haaa… ni la yg kite kene amik tau n amik pengajaran die… article pasal pengajaran ni aku amik dari al ahkam.net…

Sekadar berkongsi pengalaman n sama2 kite hayati perjuangan Rasulullah saw dalam menyebar kan Islam.Aku de attach beberapa pic yg sempat aku snap masa berkesampatan menunaikan umrah last year.sama2 la kite hayati perjuangan baginda.agak2 kalo Rasulullah dulu x sampai risalah suci Islam ni, pasti kite x kan dapat merasai kemanisan iman dan islam yg berada dlm hati2 kite hari nih.Alhamdulillah…




Ni pic Jabal Uhud tempat di mana peperangan pd tahun ke 3 Hijrah.kt belakang bukit tu de 1 gua tempat di mana Rasulullah di sorok kan.n kt tempat tu la gigi baginda patah.masa amik ni aku berdiri kt bukit kecil uhud.tempat pasukan pemanah yg x dengar arahan Rasulullah.yg mmbawa kepada kekalah pasukan Islam…




Ni plak bukit di mana terletaknye gua Tsur.Tempat Rasulullah dan saidina abu baker bersembunyi sebelum berhijrah ke Madinah.waktu tu Rasulullah di buru oleh org2 quraisyh yg di janjikan hadiah sbanyak 100 ekor unta.korg tengok betapa tinggi bukit ni Rasulullah daki…




Ni plak kwasan sbelah Masjidil Haram, dulu ni tempat perkampungan Bani Hashim keturunan Rasulullah.Kawasan ni la yg di pulaukan oleh org2 Qurasyh selama 3 tahun. Sampai mereka yg dipulaukan tu terpaksa memakan daun n ranting2 kayu.. Insaf… n rumah kecik tu di katakan tempat di mana rumah Rasulullah n tempat baginda di lahirkan.skang ni diorg jadikan library.Kalo x silap aku brother aritu cite de pihak cube nk runtuh kn library tu tp x berjaya.. Wallahualam…

p/s> aku xdpt plak nk amik pic jabal rahmah tempat diamana terletaknye Gua Hira'.Bas tu xnak berenti n masa lalu kt tempat tu plak die laju sangat.xsempat n amik... hihihihihi..
Moga2 dapat amik iktibar dan pengaran...



Chak de!!!

No comments: