Saturday, January 12, 2008

Hijrah - antara kesahihan dan kemasyhuran...

Salam ukhwah... wah!! bole tahan lama jugak aku x coret kan pape kt cni.Tibe2 aku rasa nk cerita or kongsi something pulak malam ni.even keje memang berlambak sangat2 tapi xpe la.sekejap je kan.. Alhamdulillah ALLAH mudahakn urusan aku satu persatu.Selesai Saturday Circle tadi dengan jayanya dan aku berpuas hati dengan preparation n presentation yang aku da buat.Mudahan dapat bagi manafaat pada yg lain lnsyaALLAH..


Rasanya masih tak lewat lagi utk aku ucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1429 pada suma.Semoga dgn kedatangan tahun baru Islam ni kite jadi hamba ALLAH yg lebih bertaqwa n dpt menjalani kehidupan yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya.Sedikit cerita mengenai Hijrah.Aku rase ramai yg da tahu tentang sejarah,kepantingan n pengajaran dari Hijrah Rasulullah ni.Cume aku hari ni nak kongsi ngn korang sume ape yg aku dapat n baca.Mana yg x tau lagi kiranya ni ilmu baru utk korang n pada mana yg da tahu angap la ni sbagai peringatan..=)


Bermula dengan keruntuhan empangan Maarib di Yaman (kerajaan Saba') 300M hingga 622M ketika hijrah Rasulullah,bangsa arab merupakan bangsa yang sangat teruk atau yg kite lebih kenali dengan arab jahiliah.bunuh anak,arak,tindas orang,semua tu da jadi permainan harian diorang.hinggakan Rom dan Parsi yg menguasai pentas dunia ketika tu pon x hingin nak takluk org2 arab nih.Hijrah bagi aku ni merupakan titik tolak kepada kemajuan tamadun Islam dan perubahan bangsa arab atas muka bumi ni.Kalo kite tengok sama2,Rasulullah dapat wahyu yang pertama pada 610M dan 50 tahun selepas itu bangsa Arab da menjadi satu bangsa yg di geruni di dunia dan hampir menguasai 1/3 dunia.Bagi aku semua ni bermula dengan hijrah Rasulullah dan sahabat.


Namun dlm kite x sedar, umat Islam masih lagi disajikan dengan paparan peristiwa hijrah yang masih tidak dapat lari dari keraguan kesahihan cerita dan unsur-unsur tokok tambahnya. Amat malang sekali, cerita-cerita camni x pernah dinilai semula secara meluas atau dapat perhatian pihak yang berwajib. Kisah yang telah disahihkan cuma disebarkan di peringkat ceramah-ceramah, seminar-seminar atau di perbincangan akademik semata-mata. Malah, teks-teks buku agama sekolah-sekolah masih menyaji cerita-cerita lama ini.


Jom kita imbas kembali cerita hijrah yang dipaparkan. Pada yg nak tengok cerita asal yg kite belaja zaman kecik2 dulu korang bole baca menerusi web nih. http://www.kisahislam.com/i/content/view/138/40/


Bermula dengan kisah pihak Quraish telah bermesyuarat di Daar al-Nadwah, yang diketuai oleh sepuluh orang pembesar Quraish termasuklah Abu Jahal, al-Hakam bin Abi 'Aas, 'Uuqbah, Abu Lahab, Ubai bin Khalaf dan lain-lain. Didalam mesyuarat tersebut, Abu Jahal mengesyorkan agar Nabi di bunuh dan cadangan ini disokong oleh seorang tua Najdi yang dikata penyamaran Syaitan.


Nabi :saw memulakan penghijrahan dari rumah baginda pada waktu malam. Saidina Ali ra. telah ditugaskan untuk tidur dikatil Nabi :saw agar dia kelihatan sebagai Muhammad. Orang-orang Quraish pada waktu itu sudah mengepung rumah Nabi :saw. Nabi :saw pun keluar dari rumahnya lalu menabur pasir kearah muka orang-orang Quraish seraya membaca ayat :-

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). " [Yasin : 9]


Akibat dari itu, orang-orang Quraish tidak mampu melihat Nabi :saw keluar dari rumah. Hanya pada keesokkan harinya mereka sedar bahawa orang yang sedang tidur di katil Nabi :saw adalah Ali ra. Baginda bersama Abu Bakar ra telah pergi ke Bukit Thawr dan bersembunyi didalam guanya. Pada hari yang seterusnya, pihak Quraish didalam operasi pencariannya telah pergi ke gua Thawr dan mendapati tempat tersebut dipenuhi dengan sarang labah-labah dan terdapatnya dua ekor merpati. Lalu seorang dari mereka berkata : Tidak mungkin seorang pun telah memasuki kawasan ini.



Kisah diatas ini popular dikalangan kita, akan tetapi kesahihan ceritanya masih di ragukan, Di antaranya adalah :-


a. Kisah syaitan yang menyamar sebagai seorang tua (menghadiri mesyuarat pembesar Quraish) tidak terdapat pada hadith Bukhari.


b. Didalam hadith Bukhari, Nabi :saw telah memulakan hijrah bersama Abu Bakar ra. pada waktu siang, dan bukan malam. Kisah ini terdapat didalam hadith Bukari (#3905) dibawah bab Hijrah Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya ke Madinah.


c. Kisah Ali ra. di perintahkan oleh Nabi :saw menggantikan Nabi :saw dibilik tidurnya didapati sanadnya dhaif. Malah didalam hadith Bukhari menceritakan peranan keluarga Abu Bakr ra didalam penghijrahan Nabi :saw, dan bukan Ali ra.


d. Tidak wujud langsung pengepungan Quraish di rumah Nabi pada waktu malam dan juga kaifiat melontar pasir berserta membaca surah Yasin ayat 9 bagi mengkaburkan mata tentera Quraish.


e. Hadith yang menceritakan mengenai peranan labah-labah dan dua ekor merpati adalah dhaef, sebagaimana kata al-Albani didalam al-Silsilah al-Dhaefah (3/339) dan Ahmad Shakir didalam Tahqiq al-Musnad, merujuk kepada sanad hadith tersebut dhaef (lemah).


Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa pengarang-pengarang sirah tidak berapa teliti didalam menilai kesahihan sesuatu riwayat, malah hadith-hadith ini banyak menerima kritikan dari ahli-ahli hadith. Kebanyakkan sumbernya di ambil dari Tarikh Tabari dan Ibn Sa'ad.

al-Qaradhawi menjelaskan bahawa hijrah Nabi :saw mendapat pertolongan dari tentera-tentera ghaib sebagaimana firman Allah swt :-

"Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya." [Surah al-Taubah : 40]


Labah-labah dan merpati adalah makluk Tuhan yang nampak, jelas menunjukkan ia bertentangan dengan ayat diatas yang merujuk kepada pertolongan tentera-tentera ghaib kata al-Qaradhawi.


Sudah sampai masanya untuk masyarakat kita dipaparkan dengan kisah hijrah yang diambil dari hadith-hadith sahih, yang dapat membebaskan manusia dari kisah-kisah yang palsu dan keterlaluan. Tidaklah menghairankan ada juga teori-teori yang menjelaskan akan terdapatnya jarum-jarum Syiah didalam penyebaran kisah sirah yang seumpamanya, contohnya pergorbanan pemuda yang bernama Ali ra. mempertarungkan diri menggantikan Nabi :saw.


Semua pihak harus mengembeling tenaga kearah memperbetulkan kesahihan hijrah Nabi :saw. Buku teks sekolah, buku kanak-kanak, penceramah-penceramah harus memainkan peranan membersihkan kisah hijrah Nabi :saw agar ia kembali didalam bentuk asalnya. Barangkali pada permulaannya mungkin tidak menyeronokkan tanpa cerita labah-labah dan merpati, akan tetapi lama kelamaan mereka akan menerimanya.


Harapnye post kali ni dapat bagi something kt korang yg sudi baca.Da sampai masanya untuk kite kembali kepada Al Quran dan Sunnah menurut pemikiran dan tafsiran salaf al-soleh. Mudahan Islam yg kite amalkan hari ni sama ataupun hampir sama dengan Islam yg di bawa oleh Rasulullah saw.. =)


p/s> sumber aku amik dari www.al-ahkam.net ngn www.kisahislam.com


chak de!!

Friday, January 4, 2008

Is Everything Forbidden in Islam?

Salam ukhwah.. today's post is focusing on non muslim as well as muslim who seek for the truth of Islam.It's all about a question which is asked by an indian man regarding some issues and had been answered nicely by Idris Tawfiq who has a degree in English language and Literature from the University of Manchester and a degree in Sacred Theology from the Pontifical University of Saint Thomas Aquinas in Rome. He was Head of Religious Studies in different schools in England and Wales and has much experience of teaching, both in the UK and Egypt. Before embracing Islam, Idris was a Roman Catholic priest.

Question

As-salamu alaikum. I am finding difficulty in understanding the basics of islam. Firstly, which sects are correct? There is so much difference in their beliefs e.g. Hanafi, Salafi, what are all these?

Basic things such as watching movies listening to songs, going to cinemas, watching comedy, cracking jokes etc., all these things I have mentioned are prohibited according to Islam if I am correct? All these concerns make me feel that following Islam will make one a loner and more miserable. Everyone needs some kind of entertainment. I don't mean to insult Islam it's just that these things really bother me. Ultimately why all these regulations?


Answer
Salam Brother, Thank you very much for your question.

Smile: The First Lesson

Contrary to what you seem to think, Islam is anything but dull and it is so simple to understand. Unfortunately, though, we often complicate things so much that ordinary people find them difficult to understand. As Muslims, we sometimes give a very poor Islam of what Islam is really like by the way we behave.

In the place where I teach, for example, I spent the first few weeks wondering why everyone looked so miserable. No one seemed to offer "As-salamu alaikum" (peace be unto you) to you unless they knew you, and everyone looked so serious all the time.

I told my students that the most important rule in my class was that they should smile. And you know, just by saying that, many of them began to look less serious around the corridors and even began to greet strangers with the Muslim greeting of peace.

It seems as though many of them had this idea at the back of their minds that Islamic scholars should not laugh, although none of them could actually tell them where such an idea came from. In such a mindset, anything that is fun is wrong. But such a mindset has no basis in Islam.

The Islamic scholars from long ago, when Islamic knowledge was highly valued and was the basis of life, traveled throughout the world calling people to Islam and continuing the search for knowledge. From this situation eminent scholars emerged who answered the complex questions and issues of their place and time.



Diversity Is Not a Malady

The four schools, Hanafi, Shafi`i, Maliki and Hanbali, were the most prominent, but they held each other in the greatest respect, since each of their opinions is acceptable within Islam. The whole point of their study was to help people to follow Allah more closely. The rules they made were not rules just for the sake of it.

In a dynamic faith like Islam, it is natural to have different schools of thought and movements, and they differ only on the very detailed issues of Islam, not the major ones.

The problem does not come from benefiting from their research and knowledge, the problem comes when people align themselves with one of them to the exclusion of the others and compete for who is the best. What is worse is when followers of one particular school look upon others as rivals and not really living the real Islam.

You are quite right that Muslims can become confused. And there is really no need to. Islam is very simple. Islam asks people to declare that there is no god but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah. If we can take these things into our hearts and not just proclaim them with our lips, and if we can live what we proclaim, then Islam will speak with a very clear voice.

There is an Arabic proverb which says, 'What comes from the lips reaches the ears, but what comes from the heart reaches the heart.' As Muslims we ought to take this proverb into our own hearts and let others benefit from it. We should not just tell others how they should behave, but we should show them.



Fun and Celebrations

Our beloved Prophet (peace be upon him) was the best of men ever to have lived. He was not only good and kind, wise and a great leader, but he was also full of fun with his friends, and very tender.

There are so many occasions when we see the Prophet laughing and joking. There was the famous time, also, when he was interrupted at prayer by the young Hasan and Husain. Rather than tell them to go away, he allowed them to play with him, and then he made up the prayer later. Is this the all-too serious Islam that many would have us believe in?

Muhammad was also easy to forgive if it was right to do so. If there was any slight to Islam, he would fight it with all his strength, but if the insult was a personal one he would most often overlook it. And by doing that he won so many hearts to Islam.

We need to distinguish what is from Islam and what are the cultural practices which people have come to observe in different parts of the world. I am sure that there are many Muslims who would agree with you that it is forbidden to watch comedy or to crack jokes, but they would find it very hard to show you where such an order comes from. It certainly does not come from Islam.

There is a very simple truth which Muslims should remember. Everything is permissible in Islam, except that which has been expressly forbidden. There are too many Muslims who are quick to tell you that such and such is forbidden, but they have no basis in the noble Quran or the Sunnah of our Prophet for making such claims.

The things in Islam which are actually forbidden to Muslims are very few. They include the eating of pork and the drinking of alcohol, for example, because Allah has declared that these things are harmful to us. Cracking jokes is not one of the forbidden things.



No Excuse for Being Miserable

There are many nowadays who declare 'we will die for you Muhammad' yet what we need nowadays is for Muslims to live for him. The Sunnah of our beloved Prophet makes life easier, not more difficult. His example brings us closer to Allah and closer to other Muslims, not further from them. May the peace and blessings of Allah be upon him.

The rules which we observe as Muslims are there for our own good, to help us live the lives that Almighty Allah wants us to live. They are not just rules and regulations for the sake of it. Unfortunately, some of those who tell us how to behave in such a way and how not to behave in another, have missed the point of what is allowed and what is not in Islam.

Muslims should be the happiest of people. We should be recognized by others by the way we speak, the way we act and by the cheerful and pleasant way we interact with others. There is no excuse whatever for Muslims to be miserable and none whatever for being loners. Islam is a community religion. We are brothers and sisters to one another and we pray best when we pray together in the mosque in congregation.

I know a lot of Muslims who are very serious. I even know some who are miserable. But the vast number of Muslims I know are cheerful people who are trying their best to live good lives in the service of Allah and of their brothers and sisters. Just read the life of our Prophet to see how Muslims should really behave. Do not let the miserable ones spoil your understanding of what Islam is really like.


Hopefully this can give us benefits in looking foward to be a better Muslim... chak de!!!





Thursday, January 3, 2008

KELEBIHAN MENGHAYATI AL-QURAN..

Salam ukhwah.. post kali ni aku tujukn utk sume yg rajin ngaji baikpun yang malas ngaji.Sama2 la kite amik iktibar n pengajar dari hadis2 baginda mengenai AlQuran,mukjizat teragung Rasulullah s.a.w yg ALLAH janji akan kekal hingga hari kiamat tanpa sedikit pun cacat celanya.AlQuran yg ader kt rak umah kite ni, itu jugak la yg di baca oleh Rasulullah 1400 tahun dulu, itu la yg di baca oleh para sahabat dan itu juga la yg di baca oleh tabi' n tabi'n..

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya - muttafaqqun 'alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf - diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). - Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya - Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang - Riwayat Tarmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya - Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya - Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan untaTelah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan un - Riwayat Muslim


*sama2 la kite amik kelebihan yg ade.insyaALLAH sume2 hadis2 di atas sahih2 belaka... =)

chak de!!!