Wednesday, August 13, 2008

Post exam state...

Salam ukhwah...
selesai solat isyak.masih tak tahu nak buat ape pas nih.ye la... baru abis exam teori la katekan.sedang merancang2 masa sebelum study utk practical paper.syukur alhamdulillah.setelah hampir 4 minggu setengah struggle berakhir jugak exam 2nd year ni.namun result masih belum di ketahui.Ya ALLAH... murahkan la rezeki hambaMu ini dan sahabat2 yang lain.Practical start next week.jumaat sabtu ahad.then selasa insyaALLAH pulang ke tanah air.fuh... xsabar2 aku nak jumpe insan tersayang.lebih2 lagi anak2 buah aku tuh.masing2 da besar.cedik mcm kancil.insyaALLAH entry2 pasni aku try utk citekan psl permata2 hati aku nih.rase mcm nak gigit2 jer.

Mengenangkan paper yg telah aku jawab.insaf gak bile di kenangkan.hanya tawakal je yg ade sebagai bekalan.doa yang tak putus aku panjatkan.sebab ape??? hanaya DIA la yg leh tentukan segalanya...=)

masih takde idea nk tulis ape... nakmintak pendapat korang la... agak2 la.. klo korang masuk blog2 org lain kan... ape yg korang nk tengok kt dalam tuh????
sekadar mencarik idea untuk di tulis pada keluaran akan datang...


chak de!!!

Monday, August 11, 2008

tak bisa miliki...

Salam ukhwah...
Baru pas balik library study forensic.hampir setahun aku x study kt sana.. tup2! mlm ni aku g plak.hahahaha.tp xbest sgt.myb sbb x biasa kot.xde hal la sume nih.arini aku abis final 2nd year paper microb.so da abis 3 paper n tinggal another forensic jer.mudahan forensic ni aku le wat.yg pnting kene usaha ikhtiar n tawakkal.skadar berkongsi cite..smlm jd antara hari2 yg paling tough dlm hidup aku.hehehehe.. bunyi suspen jer kan.ntah ape la yg jd semalam tuh... moga ini la jalan yg terbaik yg ALLAH tunjukkan... amin...

aku ttbe rase nk kongsi plak lagu nih ngn korg.sedap wooo.. klo dngar syahdu jer.. alahai.. gaya jiwang plak aku nih.lagu samson 'tak bisa miliki'

xtau la die de makna yg significant dlm hidup aku skang ni o tak.cume bile dngar mcm best.enjoy...


Wednesday, July 30, 2008

Israk Mikraj...????

Assalamualaikum…

Hari ni 30 Julai,27 Rejab kan?? agak2 kite ingat tak ape peristiwa yg penting yg berlaku hari nih bagi kalender umat islam?? Kalo x ingat tu mmg la kene cek balik dri sndri.hehehehe.Mudahan kesedaran kite tentang agama ni masih ade n menebal dalam diri kite. Sekadar berkongsi ngn sahabat2 di kala sibuk ngn persiapan final xam.aku amik article nih dari 1 lawan web, meneceritakan ckit tentang israk mikraj nih.nak tulis sendiri bukan x mampu.cume xlarat n x sempat jer.. hihihih..Ape yg paling penting kt cni adalah pengajaran yg kite perlu amik n jadikan iktibar atas peristiwa isra mikraj nih.moga sedikit usaha nih dapat bg manafaat pada sume… =)

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud:

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabinabidi negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti…



Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Haaa… ni la yg kite kene amik tau n amik pengajaran die… article pasal pengajaran ni aku amik dari al ahkam.net…

Sekadar berkongsi pengalaman n sama2 kite hayati perjuangan Rasulullah saw dalam menyebar kan Islam.Aku de attach beberapa pic yg sempat aku snap masa berkesampatan menunaikan umrah last year.sama2 la kite hayati perjuangan baginda.agak2 kalo Rasulullah dulu x sampai risalah suci Islam ni, pasti kite x kan dapat merasai kemanisan iman dan islam yg berada dlm hati2 kite hari nih.Alhamdulillah…




Ni pic Jabal Uhud tempat di mana peperangan pd tahun ke 3 Hijrah.kt belakang bukit tu de 1 gua tempat di mana Rasulullah di sorok kan.n kt tempat tu la gigi baginda patah.masa amik ni aku berdiri kt bukit kecil uhud.tempat pasukan pemanah yg x dengar arahan Rasulullah.yg mmbawa kepada kekalah pasukan Islam…




Ni plak bukit di mana terletaknye gua Tsur.Tempat Rasulullah dan saidina abu baker bersembunyi sebelum berhijrah ke Madinah.waktu tu Rasulullah di buru oleh org2 quraisyh yg di janjikan hadiah sbanyak 100 ekor unta.korg tengok betapa tinggi bukit ni Rasulullah daki…




Ni plak kwasan sbelah Masjidil Haram, dulu ni tempat perkampungan Bani Hashim keturunan Rasulullah.Kawasan ni la yg di pulaukan oleh org2 Qurasyh selama 3 tahun. Sampai mereka yg dipulaukan tu terpaksa memakan daun n ranting2 kayu.. Insaf… n rumah kecik tu di katakan tempat di mana rumah Rasulullah n tempat baginda di lahirkan.skang ni diorg jadikan library.Kalo x silap aku brother aritu cite de pihak cube nk runtuh kn library tu tp x berjaya.. Wallahualam…

p/s> aku xdpt plak nk amik pic jabal rahmah tempat diamana terletaknye Gua Hira'.Bas tu xnak berenti n masa lalu kt tempat tu plak die laju sangat.xsempat n amik... hihihihihi..
Moga2 dapat amik iktibar dan pengaran...



Chak de!!!

Tuesday, July 29, 2008

minyak oh minyak...

Salam Ukhwah...
aku ni bkn la nk jadi blogger yg aktif menentang sangat kerajaan kite nih... sbb scholarship aku pon diorg yg bagi.tp bile aku tgk poltik malaysia yg makin kotor, korup n jijik.sape mau tahan beb???
paling aku panas sgt hal minyak nih.nk cakap banyak pon malas.kite sama2 le surf n carik maklumat psl bnde nih.dulu kata minyak dunia naik.sakng ni da trun harga x turun2 gak.aku xde hal la sbb tingal kt india ni even minyak kt india ni lagi la mahal giler2 compared to kt malaysia.tp bile diorg umum je inyak naik aku terus teringat sume family aku.cmne la nk tahan n bajaet ngn sume ni.aku kire2 balik kalo dulu isi full tank wira aku tu baru je RM80.skang ni da jd RM120.barangkali nk tunggu aku naik jd PM dulu kot.hahahahaha...



Apela yg aku ngarut dekat2 nk xam ni kan...
ape pon final xam aku 7th August.doakan aku n sahabat2 yg lain.moga ALLAH mudahkan urusan kitorg kt cni.amin...



Chak de!!!

Monday, July 21, 2008

Bila hati menjerit.....

Salam Ukhwah utk sume..
selesai solat maghrib.aku kehilangan mood utk stdy.kepala jd sakit n berat.ntah la.rasa mcm penuh rasa mcm kosong.Hanya ALLAH je yg tau pe yg de dlm hati aku nih.Skang tgh study week utk final xam.Hari ni masuk minggu ke-2.. Namun jika ditanya pe yg ada dlm dada.. hurmmm.. ape ek??? InsyaALLAH walau ape pon aku kene terus melangkah.. n usaha...
jgn biarkan masalah semalam menghantui aku.aku xle trus cmni.hidup mesti di teruskan.faktor insan perlu di kurangkan..biar la aku serahkan sumenye pada ALLAH..Mudahan aku di tunjuk kan jalan yg terbaik utk selesaikan segalanya n mudahan aku di murah kn rezeki.. myb aku skang ni kene berfikiran matang.. x le nk bawak perangai budak2 n manja aku nih.. manja ke?? hahahahaha... lawak sunggu bile aku kenang kan.xpe la... die perlu bersendri.dia xmahu di gangu.n die x mahu di paksa.biarla masa yg menentukan ape yg akan jadi... Yg penting skang ni aku kene fokus.ni jer peluang yg aku ade.ni je usaha yg aku bole semai.mudahan aku untung ketika musim mneuai kelak.ade 17 hari lg b4 xam.. 1 tempoh yg lama.. tp bile toleh belakang pandang buku2 yg masih belum di selak.. wooooo.... x cukup nih!!! aku mengalas harap sume pihak... lebih2 lagi family n si dia... mudahan aku pulang mmbawa kejayaan.. mudahan aku pulang beraya dgn gembira...
Ya ALLAH.. kuat kn la semangat juang ku... berila aku semanagat n kekuatan.. lapang kan dada hambaMu yg hina ini... mudahkan segala urusan aku dan dia.. jauhkan la aku dari segala maksiat dan kemurkaanMu... moga aku jadi hamba yg lebih bertaqwa.. anak yg soleh.. n pelajar yg cemerlang... amin... aku mesti semangat!!!!!!


chak de!!!

Wednesday, June 25, 2008

Aku kembali...

salam ukhwah... setelah sekian lama menyepi. kini aku kembali menulis.insyaALLAH moga aku di beri kekuatan n semangat utk terus menyumbang sesuatu pd pemikiran masyarakat n umat.Mlm ni masih belum mmpunyai idea penulisan.cume post kt bwh ni aku da tulis lama.cume mlm ni je de masa n kelapangan nk post.hehehehehe.ye la tu... mcm bohong je kan.. xpe la..

Sekadar berpesan pd sahabat da teman.bile di fikirkan hidup ni sekejap je kan.dunia yg kite kejar2 kan ni hnyala mainan je.temapt utk kite sama2 kutip amalan utk di bwk jmpe ngn ALLAH kelak.Sama2 la kite crik makna sbenar khidupan ni,tanamkan perasaan 'izzah Islam tu dlm diri, da mudaha kite dpt jd hamba ALLAH yg benar2 bertaqwa... =)


"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu" (43:36)

i'm proud to b a Muslim...

Chhatrapati shivaji international airport

1 march 2008

532 ptg india

salam ukhwah.. hehehehehe.. lama tul aku x tulis kt cni.. skng ni aku on d way balik msia.. de kt airport india.xdpt la nk upload skang ni.kene la tunggu bali kumah. aku ctually mmg xde ideal la nk tulis ape.. cume de 1 kejadian yg sagt menginsaf kn td yg wt aku trus amik laptop n tulis. tunggu lama2 kang mmg x tulis la jdnye.. hehehehehe..

bermula ngn 1 hadis.. Islam itu pelik.. datang nya pelik.. maka beruntung lah org2 yg pelik.. lebih kurng cmni la hadsi tu punye makana.. sebuah hadis sahih..

mmg insaf tul aku arini.. aku ngn kimi tgh on d way nk balik msia... jalan2 sehari kt mumbai n mlm ni insyaallah balik msai yg di rindui.. hohohohoho... kitorg smpi airport ni kul 4 ptg td.. pas abis jalan2 1 mumbai.. x perlu la aku cite kn kt mana aku g td...

bile da smpi cni.. nk di jadi kn cite flight klitorg lama lg.. kul 1145 mlm.. smpi cni kul 4.. da tu x solat lg.. zuhur n asar... so aku pon carik la port yg best nk solat.. sbb kt cni x disediakan kemudahan surau.. klo kt sri lankan air pormmg de 1 surau yg sgt selesa.. tp xpe la.. sbb india ni bkn muslim country.. tp yg agak pelik majority mumbai ni klo x silap aku muslim.. tp xde plak surau.. ok la.. nk di jd kn cite kitorg pon crik la port tu tp x jmpe.. sbb sume tmpt open... kenepa open?? heheheheheh ni yg insaf nih.. aku ngn kimi nk crik tmpt2 yg agak tersorok.. mana latau klo2 tgh solat askar tu aneh ke.. ape ke.. n mcm2 la... at last jmpe la 1 port tu.. aku pon susn la beg kt 1 sudut tu sbb nk lindung... pastu la kan.. aku pon bntang jeket aku n solat. aku solat ddudk jer sbb nk cover...

nk di pendek kan cite... pas aku solat kimi plak.. sbb nk jaga brg td.. tgh2 kimi bru solat tu.. lalu la 2 org pompuan dewasa.. n sorg bdk kcik.. die tgk kimi solat..cara pemakaian die tu atau la yg die tu sorg muslimah... pastu die usha2 kimi solat... then die pon ptah balik ke blkg tgk kt luar tingkap... bincg2 sesama diorg pastu diorg pndang aku n senyum... aku pon senyum je la... pastu.. tanpa aku sangka.. die trus tngaal sepatu die... die solat kt situ jer... ngn selamber tnpa die hiraukan org yg lalu lalang.. aku mmg sgt2 terkejut n insaf.. alahai... jauh nye la beza iman aku ngn die... kenapa la aku mcm malu ni express kn yg aku ni islam.. islam ni mmg well known religion.. sume org tau.. tp napa msti aku n solat sorok2?? kenapa n kenapa??? insaf.... terinag aku hadis yg kt atas td... mmg rasulullah da jaman n cakap.. islam dtg mmg agak pelik.. di zaman org tgh sembah2 berhala... bunuh anak2.. islam dtg suruh smbah ALLAH yg satu.. susah org nk trima...

n skang ni bila mana org makin bnyak mensyirik kn ALLAH.. those yg practice islam akan di lihat penik n aneh.. tp yakin la.. itu la yg ALLAH nk dari kite.. insaf la....

Pasni magrib n isyak... flight aku kul 1145.. check in kul 9 lbih... mgrib msuk kul 630 ++... mampu kah aku dan kimi...???? =)