Thursday, September 11, 2008

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Salam.sekadar perkongsian pintar.article ni aku jmpe kt al-ahkam.net.hasil tulias saudara zaharuddin abd rahman.sangat menarik untuk di jadikan panduan dalam kite berpuasa di bulan ramadan yg mulia ini.moga sama2 mendapat manafaat..

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


chak de!!

Selamat berpuasa... =)

Salam Ukhwah... agak lama gak aku tak menjengah kt blog ni sejak balik cuti.selalu la tengok.tapi x update pon.masuk hari ni alhamdulillah da 2 minggu aku kt malaysia.balik bercuti di bulan ramadan ni de bnyak kelabihan.. n banyak gak kurang nye.lebihnye dpt la fokus lebih ckit kt amalan bulan pose nih.kurangnye xdpt sgt la nk menghayati makanan2 kt Malaysia nih.hahahahaha.. ape pon aku nk ucapkan SELAMAT BERPUASA pd sume sahabat rakan taulan.moga ramadan kali ni jadi madrasah untuk kite menjaga diri,mengawal hawa nafsu n membanyak kan amalan...

opss.. Sebelum terlupa.time kaseh aku ucapkan pada semua sahabat n teman atas doa kalian.birthday aku 3 september yg lepas.alhamdulillah.umur da 22 taun.moga2 aku dapat jadi hamba yg lebih bertaqwa dan anak yg soleh.x lupe gak thanx pd insan teristimewa asat buku tu.hehehehehe.. best woo.. mudahan dpt jd panduan dlm hidup dulu kini dan selamanya...

Moga cuti yg berbaki beberapa minggu ni dapat di isi ngn manafaat.. =)


chak de!!!

Tuesday, August 26, 2008

Aku kat Bangaluru International Airport....

salam ukhwah...
aku skang ni kt Bangaluru International Airport... airport baru.gaya mcm KLIA tapi still xle nk lawan la.dengar cite bnyak yg kene baya.ntah la tempe nih..
waaa... xsabar nk naik flight balik msia mlm nih.insyaALLAH sok pagi sampi la.dapat la makan nasik lemak ibu masak.hohohohoho.kitorg smpi cni tghari td.ade 10 org 4 laki 6 gadis.sampi cni tghari td kul 11 lbih.. flight mlm ni plak kul 1250.bapak la lama nk kene tunggu kt cni.klo nk kuar kang kene baya plak klo nk masuk balik.cmni la hidup kt india ngn tempe2 nih.. tempe.. what u expect??? hahahahaha.. tunggu kt cni mmg tahap bapak bosan la.td sampi cni ok lagi.main magic2,jalan2,mkn2.. skang ni da mati akal xtau nk watpe.dah tu nak kene tunggu smpai mlm ni plak tuh.sekali rupenye kt cni de wireless free.kira ok la.sementara aku tengok2 apa yg jadi kt P44 Permatang Pauh saje la gatal2 tulis kt cni.adakah calon PKR yg di agung2 kn tu berjaya mengekal kan kerusi yg di pegang selama lebih sepuluh tahun??? dan berjayakah pihak kerajaan merampas kerusi tuh??? ntah la.. malas aku nk komen banyak.. klo kite bukak berita kite le tau pe yg sbnanrnye n cmner keadaan tuh...

Bercerita tentang aktiviti budak3 kt cni.paiz bersama PSP die main game je la.. amad??? hahahaha ntah la.. x tetap.. perut asik lapa jer.. kimi plak x abis2 ngn bola die.. eva masih lagi membaca yg jd die punye hobby.patutla die excellent.adik plak tgk movie..kira ok la.. 1 movie le amik masa dlm 2 jam.kakak plak tdo jerh.hahahahhaa.. jgn mara kak... damia asik ngn paper die je.main tulis2 ape ntah.hani ngn si fatin ni plak gaya merempat je duk kt tepi tong sampah.. bukan wtpe.. tgk movie.. hahahahaha.. mcm2 la diorg nih..

ok la... mals plak aku ni tulis pnjg2... mudahan segala urusan kitorg lancar dan selamat dalam perjalanan.dan muadahan urusan di permatang pauh juga lancar.moga ALLAH tunjukkan kebenaran n menghapuskan kebatilan...
moga sume ni dapat mmbawa 1 perubahan untuk rakyat Malaysia...
amin...



pic ala2 'gadis' di toilet..



amad yg 'mati' kebosanan..



paiz ngn kimi..



eva adik dan kakak yg zzZZzzZZ...



hani n fatin yg merempat...



aku yg best... =p



Chak de!!!

Tuesday, August 19, 2008

askar askar atok mak...

Salam Ukhwah...
Sobahal khair.Selesai solat subuh dan aktiviti2 sunat.aku tak tahu nak buat ape.sekadar click2 mengatahui berita semasa di malaysia di awal pagi.ape lagi nk buat ye? study? hahahahaha.sengaja aku tak bukak buku pagi2 nih.sebab nanti nak di buka jua.biarlah awal pagi ni aku isi dengan sesuatu yang lain ckit.ape yg lainnye? tulis blog?? hahahahaha.mungkin senaman jari or senaman perasaan.sekadar berceloteh macam org2 tua di awal pagi mengejutkan anak yg liat nak bangun subuh..

alhamdulillah..perjuangan Final exam semakin sampai ke penghujungnye.Lusa aku start exam practical hingga Ahad dan selasa aku bole berangkat pulang ke tanah air.wooohooo.... giler tak sabar lah aku!!! Namun bile dikenangkan result yang bakal keluar..MasyaALLAH.. Moga ALLAH berikan ssesuatu yang terbaik untuk hidup aku.aku pon da usaha sehabis baik.dan skang ni la masa untuk tawakkal pada Yang Maha Kuasa.dengan kehendak Dia ape pon bole jadi...

Memikirkan aktiviti aku ketika waktu cuti nanti.Hurmm... ape aku nk buat yer?? sudah tentu aktiviti akan datang ni berbeza dengan cuti yang lepas2.dengan ape yg da terjadi mungkin tiada lagi lunch dan minum2 petang bersama si dia.. hehehehehe.ye la.. bulan puasa kan?? tapi if x bulan puasa pon mybe xde gak.. alahai.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui..
Tapi yg paling pasti aku sangat tak sabar nk balik jumpe askar2 aku nih.skang ni da ade 5 orang.wohhhooo... baru 17 august lepas kak yong selamat lahirkan askar yg no empat.campur ngan anak angah da jadi lima la.. rindunye la aku kt budak2 nih.rase kalo dapat ni mamang aku gigit sorang2.hahahahaha.ucuk diorang ni memang ganas.sekadar menceritakan perihal askar2 aku merangkap askar2 atok mak nih...

Amirah Ainin Sofea-skang ni die da darjah 3.aku panggil die kakak sebab die yang sulung.sekolah kat Sekolah Kebangsaan Seri Makmur sekolah umi die.bole tahan gak skang ni budak nih.otak yg cerdik.tp suke menjawab.agaknye die ni ikut perangai ucuk die kot... hahahahaha..

Muhammad Amirul Syahmi-aku panggil 'adik'.skang ni darjah satu.angan2 nak jd macam mawi.kuat tul penangan budak Felda Taib Andak ni kt anak buah aku nih.asal aku balik je sure la nk pow toys.biase la budak2.. die ni soft spoken.sebab die start cakap lmbat ckit.cakap lembut jer.tapi bile aku tnya cikgu sekolah die.. bole tahan gak bising die nih..

Nazreen Irfaan- ni anak angah yang sulung.aku tulis ni ikut umur diorg.sape kuar dulu ucuk tulis dulu.kecik n kurus jer.tapi nakal n kencang.cerdik sangat2.asal nampak kubah jer.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. kalau nangis bawak jalan naik kete,nmpak masjid sure diam.Mudahan besar nanti rajin g masjid.aku panggil die ni 'ipaan'.kadang2 mak lang die panggil die ni 'kancil'.. sebab kecik n kencang...

Muhammad Amirul Safwan- wawan ni aku xbanyak sangat yg aku bole cite.sebab die lahir pon time ucuk die blaja kat india.sempat jumpe die ni seminggu pas die lahir.n kalau di kira2 aku jumpe ngn wawan ni 2 .5 bulan jer.sebabdapat jumpe pon time aku cuti.tapi xpe.. die xkan jadi anak buah tiri aku.. sebab nama die ni aku yg bagi.. hahahahaha.. bangga2!!!

Amirah Aisyah- ni askar yg paling latest.aku pon xtau nk cite ape.lahir 17 august malam nisfu syaaban.kak yong rambut die ni lebat sampai dahi.hidung mancung jari runcing.camne la rupenye yer.. lahir berat 2.48KG... waaaa.. ucuk x sabar nk gigit ko dik... =)

Apela senaman yg aku buat pagi2 ni yer.. hehehehehe.ok la.. sampai cni la dulu.klo de kelapangan sok lusa aku cite pasal tok nenek aku plak.hohohoho...

Doakan kejayaan aku dan sahabat2 yang lain dalam exam nih.Moga ALLAH kurniakan yang terbaik dan murahkan rezeki kami... amin...


dekat eye on malaysia...


dekat playground kt sg besar.time ni bebudak ni gemuk ckit...


irfaan ngn safwan...


ipaan ngn ucuk b4 ucuk nk balik india...


ipaan ngn atok mak.. bulu mata die ni mcm penyapu...


cak!!! ucuk ni x senonoh la....


ni gaya kalau bau bucuk.. !!!! blek!!!


ucuk yang best... =)



chak de!!!!

Wednesday, August 13, 2008

Post exam state...

Salam ukhwah...
selesai solat isyak.masih tak tahu nak buat ape pas nih.ye la... baru abis exam teori la katekan.sedang merancang2 masa sebelum study utk practical paper.syukur alhamdulillah.setelah hampir 4 minggu setengah struggle berakhir jugak exam 2nd year ni.namun result masih belum di ketahui.Ya ALLAH... murahkan la rezeki hambaMu ini dan sahabat2 yang lain.Practical start next week.jumaat sabtu ahad.then selasa insyaALLAH pulang ke tanah air.fuh... xsabar2 aku nak jumpe insan tersayang.lebih2 lagi anak2 buah aku tuh.masing2 da besar.cedik mcm kancil.insyaALLAH entry2 pasni aku try utk citekan psl permata2 hati aku nih.rase mcm nak gigit2 jer.

Mengenangkan paper yg telah aku jawab.insaf gak bile di kenangkan.hanya tawakal je yg ade sebagai bekalan.doa yang tak putus aku panjatkan.sebab ape??? hanaya DIA la yg leh tentukan segalanya...=)

masih takde idea nk tulis ape... nakmintak pendapat korang la... agak2 la.. klo korang masuk blog2 org lain kan... ape yg korang nk tengok kt dalam tuh????
sekadar mencarik idea untuk di tulis pada keluaran akan datang...


chak de!!!

Monday, August 11, 2008

tak bisa miliki...

Salam ukhwah...
Baru pas balik library study forensic.hampir setahun aku x study kt sana.. tup2! mlm ni aku g plak.hahahaha.tp xbest sgt.myb sbb x biasa kot.xde hal la sume nih.arini aku abis final 2nd year paper microb.so da abis 3 paper n tinggal another forensic jer.mudahan forensic ni aku le wat.yg pnting kene usaha ikhtiar n tawakkal.skadar berkongsi cite..smlm jd antara hari2 yg paling tough dlm hidup aku.hehehehe.. bunyi suspen jer kan.ntah ape la yg jd semalam tuh... moga ini la jalan yg terbaik yg ALLAH tunjukkan... amin...

aku ttbe rase nk kongsi plak lagu nih ngn korg.sedap wooo.. klo dngar syahdu jer.. alahai.. gaya jiwang plak aku nih.lagu samson 'tak bisa miliki'

xtau la die de makna yg significant dlm hidup aku skang ni o tak.cume bile dngar mcm best.enjoy...


Wednesday, July 30, 2008

Israk Mikraj...????

Assalamualaikum…

Hari ni 30 Julai,27 Rejab kan?? agak2 kite ingat tak ape peristiwa yg penting yg berlaku hari nih bagi kalender umat islam?? Kalo x ingat tu mmg la kene cek balik dri sndri.hehehehe.Mudahan kesedaran kite tentang agama ni masih ade n menebal dalam diri kite. Sekadar berkongsi ngn sahabat2 di kala sibuk ngn persiapan final xam.aku amik article nih dari 1 lawan web, meneceritakan ckit tentang israk mikraj nih.nak tulis sendiri bukan x mampu.cume xlarat n x sempat jer.. hihihih..Ape yg paling penting kt cni adalah pengajaran yg kite perlu amik n jadikan iktibar atas peristiwa isra mikraj nih.moga sedikit usaha nih dapat bg manafaat pada sume… =)

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud:

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabinabidi negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti…



Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Haaa… ni la yg kite kene amik tau n amik pengajaran die… article pasal pengajaran ni aku amik dari al ahkam.net…

Sekadar berkongsi pengalaman n sama2 kite hayati perjuangan Rasulullah saw dalam menyebar kan Islam.Aku de attach beberapa pic yg sempat aku snap masa berkesampatan menunaikan umrah last year.sama2 la kite hayati perjuangan baginda.agak2 kalo Rasulullah dulu x sampai risalah suci Islam ni, pasti kite x kan dapat merasai kemanisan iman dan islam yg berada dlm hati2 kite hari nih.Alhamdulillah…




Ni pic Jabal Uhud tempat di mana peperangan pd tahun ke 3 Hijrah.kt belakang bukit tu de 1 gua tempat di mana Rasulullah di sorok kan.n kt tempat tu la gigi baginda patah.masa amik ni aku berdiri kt bukit kecil uhud.tempat pasukan pemanah yg x dengar arahan Rasulullah.yg mmbawa kepada kekalah pasukan Islam…




Ni plak bukit di mana terletaknye gua Tsur.Tempat Rasulullah dan saidina abu baker bersembunyi sebelum berhijrah ke Madinah.waktu tu Rasulullah di buru oleh org2 quraisyh yg di janjikan hadiah sbanyak 100 ekor unta.korg tengok betapa tinggi bukit ni Rasulullah daki…




Ni plak kwasan sbelah Masjidil Haram, dulu ni tempat perkampungan Bani Hashim keturunan Rasulullah.Kawasan ni la yg di pulaukan oleh org2 Qurasyh selama 3 tahun. Sampai mereka yg dipulaukan tu terpaksa memakan daun n ranting2 kayu.. Insaf… n rumah kecik tu di katakan tempat di mana rumah Rasulullah n tempat baginda di lahirkan.skang ni diorg jadikan library.Kalo x silap aku brother aritu cite de pihak cube nk runtuh kn library tu tp x berjaya.. Wallahualam…

p/s> aku xdpt plak nk amik pic jabal rahmah tempat diamana terletaknye Gua Hira'.Bas tu xnak berenti n masa lalu kt tempat tu plak die laju sangat.xsempat n amik... hihihihihi..
Moga2 dapat amik iktibar dan pengaran...



Chak de!!!